Friday 22 June 2012

Ulasan Persediaan Liverpool FC Musim 2012/2013


Musim baru BPL bakal membuka tirai tak lama lagi. Kehangatannya sudah mula terasa terutama dengan kempen Euro 2012 yang akan menghampiri pusingan suku akhir. Terlalu banyak berita angin yang berterbangan di laman social, twitter dan blog tentang aktiviti pembelian, perpindahan, pinjaman dan penjualan pemain. Walaupun kita tahu berita yang dipaparkan sememangnya berita angin dan boleh disangkal kesahihannya tapi kita juga perlu akui berita sebegini lah yang menjadikan senario bolasepak lebih menarik dan thrilling. Berita dibaca dengan perasaan bercampur baur. Dalam pada kita ketawa dengan berita yang kadangkala tidak masuk akal dan sememangnya mustahil; tetapi kita tidak boleh berbohong pada diri sendiri bahawa kita juga kadangkala berbisik sendiri alangkah bagusnya kalau berita tersebut jadi kenyataan.

Berbicara tentang isu ini; saya ingin ketengahkan pendapat saya tentang apa dan siapa yang Liverpool perlukan dalam menghadapi musim BPL yang akan bermula tak lama lagi ini. Saya hanya memberi pendapat peribadi saya sendiri berlandaskan apa yang saya lihat dan teliti terutamanya menjadikan pencapaian LFC pada musim 2011/2012 yang lepas.

FAKTOR MORAL
Semua tahu bahawa King Kenny, Steve Clark dan beberapa nama yang lain telah meninggalkan Anfield samada atas kerelaan sendiri mahupun dengan cara pemecatan. Saat ini amat kritikal untuk LFC. Kehilangan lagenda King Kenny sedikit sebanyak memberi impak pada pasukan. Saya berani menyatakan bahawa adalah bohong jika pemain boleh terima pemergian KK dengan tanpa rasa terkilan. Terutama pemain seperti Craig Bellamy, Andy Carroll, Charlie Adam, Jamie Carragher dan Steven Gerrard sendiri. Moral mereka sedikit terjejas. Kini LFC perlu pastikan moral pemain berada pada tahap yang baik. LFC perlu pastikan pemain terima sepenuhnya kenyataan bahawa KK telah tiada dan tempatnya kini diganti oleh Brendan Rodgers.



LFC perlu pastikan semua pemain boleh terima Rodgers dan perlu menjadikan apa yang berlaku di Stamford Bridge semasa tempoh pengurusaan di bawah Andres Villas Boas tidak tercetus di Anfield. Kesannya amat buruk jika ada pemain yang tidak ada rasa hormat pada pengurus pasukan. Inilah yang berlaku di Chelsea dan kita harapkan tiada amalan “player-power” di Anfield. LFC pernah mengalami masalah ini tetapi masih terkawal. Mungkin ramai yang tidak ketahui kes ini tetapi kes pergeseran pemain-pengurus di LFC pernah berlaku semasa Houllier mengambilalih tempat Roy Evan. Hubungan Evan dengan pemain memang rapat dan mirip dengan cara pendekatan KK. Masalah ini dapat diselesaikan tetapi penyokong terpaksa menelan kepahitan kehilangan pemain kesayangan mereka iaitu  Robbie Fowler.  

KESERASIAN PENGURUS-JURULATIH
Pemilihan Ketua Jurulatih juga amat penting dan ianya boleh menjadi faktor kelancaran pasukan. Saya tidak katakan Steve Clarke tidak bagus tetapi mungkin corak latihan dan khidmat nasihatnya pada KK tentang pemain tidak menepati apa yang sepatutnya. Kesesuaian antara pengurus dan ketua jurulatih sangat penting dan ianya mempengaruhi masadepan Kelab samada skuad yang sedia ada, akademi dan proses scouting. Sekali lagi saya mengambil contoh kejadian pergeseran yang seumpama ini pernah berlaku di Anfield. Rafa Benitez dan Paco Ayestaran berjaya mengecapi kejayaan sejak gabungan mereka di La Liga semasa mereka berdua di Valencia di mana mereka berjaya memenangi 2 kali liga tempatan dan 1 kali UEFA Cup . Setelah Rafa berpindah ke Anfield, Paco terus bersama Rafa. LFC berjaya memenangi UCL ketika tahun pertama Rafa dan Paco menguruskan LFC iaitu pada 2005 dan merangkul FA Cup pada tahun berikutnya. Pergeseran antara mereka berdua mula berlaku pada awal 2007. Penyokong masih tidak tahu apa punca sebenar tetapi dilapurkan dan ianya berpunca dari pertelagahan pendapat tentang system giliran pemain, zonal, taktikal dan yang paling jelas pemain yang dibeli oleh Rafa. Sejak pemergian Paco, Rafa dilihat seperti hilang punca dan akhirnya kecundang dengan permainan politik pemilik LFC saat itu. Mungkin ini kisah lama, tapi saya sekadar ingin membuktikan bahawa keserasian pengurus-jurulatih juga memainkan peranan dalam kejayaan Kelab. 

SOKONGAN PEMILIK
Faktor ini agak subjektif. Kita semua tahu betapa pemilik LFC telah banyak menyumbang dalam menyelamatkan maruah LFC. Bebanan hutang yang ditinggalkan oleh pemilik lama hampir menghantar LFC ke kancah pengurusan bank yang boleh menyebabkan 9 mata ditolak dan berkemungkinan mengikut jejak Leeds United. Sekiranya itu berlaku, pastinya ramai pemain akan meninggalkan Kelab dan tidak mustahil  termasuk Steven Gerrard sendiri.

 Saya tidak boleh mengatakan pemilik tidak beri sokongan terutama dari aspek kewangan. Kita sendiri lihat sokongan pemilik dengan member dana pada KK untuk membawa masuk Henderson, Adam, Downing dan lain-lain lagi. Sokongan kewangan sememangnya ada. Itu adalah fakta dan 

kita tidak dapat nafikan kenyataan tersebut.  Dalam masa yang sama kita mengharapkan pemilik tidak rasa “serik” untuk terus menghulur sokongan kewangan kerana kehendak bolasepak sekarang memerlukan bajet yang besar. Memang kita mengamalkan motto “Duit Tak Boleh Beli Kemenangan dan Sejarah” tapi kita juga tak boleh menidakkan kenyataan duit boleh “melancarkan” proses kea rah kemenangan dan mencipta lebih banyak sejarah.  Chelsea & Manchester City telah membuktikan hakikat ini.. Sememangnya yang bermain untuk kedua kelab ini adalah seperti pemain upahan tapi sebagai penyokong kita terpaksa juga terima kehadiran pemain seperti ini jika itulah yang diperlukan untuk membawa pulang Piala yang pernah kita menangi 18 kali.

Namun sokongan bukan sekadar dari segi kewangan. Pemilik juga perlu menampakkan sokongan dari sudut moral. Kedudukan pemilik yang juga mempunyai komitmen dengan pasukan baseball di USA dan beberapa rangkaian perniagaan lain menjadikan beliau tidak dapat berada bersama pasukan setiap masa. Ini bezanya dengan pemilik LFC yang terdahulu (bukan Hicks dan Gillete). Dahulu, LFC dimiliki oleh warga Inggeris yang perniagaan mereka beroperasi di England sendiri. Masa dan tumpuan dapat diberikan dengan lebih banyak bersama pasukan.

Kita lihat apa yang telah dilakukan oleh pemilik Chelsea, Abramovich pada saat-saat akhir penyingkiran AVB dari Chelsea. Beliau meluangkan masa setiap pagi dan petang turun ke padang latihan. Saya amat yakin apa yang dilakukan oleh beliau adalah atas usaha penasihat beliau. Tapi itu tidak penting. Apa yang penting, hasilnya amat mengagumkan. Pemain dapat lihat sendiri kesungguhan pemilik untuk turun padang dan moral mereka kembali naik setelah pemecatan AVB dan akhirnyaa berjaya memenangi FA Cup dan Champion League.

PEMILIHAN/PEMBELIAN PEMAIN YANG TEPAT 
Apabila kita menyentuh isu ini, saya yakin semua minda tertumpu pada Andy Carroll, Charlie Adam, Jordan Henderson dan Stewart Downing. Adakah pembelian ini dikira tidak tepat? Saya bukan pakar dalam bolasepak tetapi lebih pada pemerhati dan sangat berminat nak menjadi penganalisa. Mungkin ilmu saya belum sampai ke tahap boleh memberi jawapan samada sesuatu pembelian itu tepat atau tidak. Tapi, saya akan memandang isu ini dari sudut saya penyokong LFC dan saya menilai dari apa yang saya PERNAH alami bersama LFC sebagai penyokong serta apa yang saya MAHU alami bersama LFC. Dua ayat berbeza tetapi memnyimpan makna yang sama..

Berbalik pada isu pembelian; saya masih berpegang pada pendirian bahawa semua pemain yang dibeli oleh KK adalah betul dan tepat. Jangan membaca ayat saya ini sambil menilai saya adalah peminat KK. Saya beri kenyataan ini dari apa yang saya kaji. Saya ambil Downing sbagai contoh. Adakah kegagalan beliau menjaringkan gol menjadi alasan bahawa beliau adalah pembelian yang tidak tepat? Dakwaan beliau adalah pembelian yang tidak tepat patut disangkal dengan statistik percubaan beliau pada musim lepas.  Percubaan beliau yang banyak “diselamatkan” oleh tiang dan palang gol patut diambilkira. Begitu juga dengan Carroll. Jaringannya haadir pada saat LFC memerlukan. Namun, bukan ini yang hendak kita bentangkan. Apa yang perlu diberi penekanan oleh pihak pengurusan LFC adalah pembelian yang akan dibuat.

Penyerang;
Apa yang pasti, LFC memerlukan sentuhan penyerang bagi menghadapi musim yang akan datang ini. Ketiadaan Dirk Kuyt menambahkan lagi kekosongan pada posisi tersebut. Ini bukan bermaksud gandingan Suarez dan Carroll tidak mampu menghadirkan ancaman untuk pihak lawan atau menghasilkan gol tetapi keperluan untuk mencari penyerang dilihat dari sudut persediaan dan mempertajamkan lagi serangan LFC. Gandingan Suarez-Carroll masih dianggap ampuh tetapi ada waktunya Suarez perlukan gandingan yang lebih sesuai untuk sesuatu perlawanan.  Bagi menghadapi pihak lawan yang memerlukan LFC menyerang menggunakan kekuatan flank, Carroll adalah senjata yang sangat sesuai. Tetapi jika LFC mencaturkan serangan dari tengah atau banyak menggunakan teknik through ball dan wall pass, LFC perlukan penyerang yang bijak melepasi perangkap offside dan mempunyai teknik menggelecek yang baik. 



Terlalu banyak nama penyerang yang dikaitkan sepanjang tempoh off season ini seperti Daniel Sturridge, Mario Gomez, Luuk De Jong dan ramai lagi. LFC perlu lebih berwaspada dalam membeli penyerang. Tidak semua penyerang mampu “berkerja” dengan Suarez. LFC perlukan penyerang yang mampu berfikir selaras dengan corak permainan Suarez, bijak mencari tempat yang bersesuaian dengan lenggok Suarez yang terkenal suka membawa bola ke dalam kotak penalti dan yang paling penting mampu menyaingi kelajuannya. Sebenarnya LFC tak perlu lihat terlalu jauh, Raheem Steeling dan Pacheco sebenarnya semakin hampir dengan tahap matang. Tetapi, jika kedudukan kewangan LFC boleh membawa masuk penyerang yang terbukti lebih baik, itu juga satu langkah yang sangat bijak. Tetapi, dalam keadaan LFC yang tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara, kemungkinan menyenaraikan nama-nama besar dalam dunia bolasepak ini dilihat amat tipis.

Midfield;
Dengan kepulangan Alberto Aquilani ke Anfield serta  Lucas Leiva & Charlie Adam yang telahpun pulih dari kecederaan dan kehadiran pemain dari akademi  menjadikan posisi di tengah padang sekali lagi menjadi padat. Keadaan yang agak serupa semasa pembukaan musim lepas. Jika mengikut logic, tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh Rodgers. 

Namun, LFC tidak seharusnya mudah tertipu dengan senario ini. Kebanjiran midfield tidak seharusnya menjadi alasan LFC memandang isu midfield ini sebagai remeh. Steven Gerrard yang semakin dikejar usia, masalah kecederaan, kedudukan Aquilani yang masih dalam keadaan terumbang-ambing, persahabatan antarabangsa; ini semua patut difikirkan oleh Rodgers. Secara amnya, LFC tidak pernah menghadapi masalah midfield malah LFC dikenali sebagai kelab yang dibarisi oleh midfield terbaik dunia sejak tahun 80an lagi. Keadaan ini patut dikekalkan atau ditingkatkan. Sehingga kini, tiada kedengaran lagi mana-mana pemain tengah LFC yang diberitakan mahu meninggalkan Anfield tetapi sebaliknya ramai pula yang dikaitkan akan memasuki Anfiled. Antaranya adalah pemain yang dalam tempoh pinjaman Swansea dan terbukti antara bakat yang paling menyerlah iaitu Gylfi Sigurdsson dan pemain muda dari Benfica, Nolito. 

Mana-mana pemerhati bolasepak mengatakan momentum sesebuah pasukan ditentukan oleh midfield. LFC mungkin boleh berbangga dengan dengan Steven Gerrard tetapi masanya akan tiba juga di mana seseorang pemain itu akan sampai pada tahap yang merudum. Lucas patut diberikan watak yang lebih besar kerana dia dilihat sebagai calon yang paling layak menggantikan SG manakala Jonjo dan Spearing patut diberi lebih banyak masa bermain terutama dalam kancah FA Cup dan Piala Liga. 


Pertahanan;
Penyokong LFC dikejutkan dengan berita Skrtel yang dilamar oleh dua kelab mewah Eropah iaitu Manchester City dan Anzhi Makhachkala. Tiada yang memeranjatkan dengan berita ini kerana ianya lumrah bagi mana-mana pemain Eropah yang ingin terlibat dalam Liga Juara-Juara. Kedudukan LFC sekarang memungkinkan ramai pemain yang ingin meninggalkan Anfield. Penyokong harus faham dan terima keadaan ini.

Rodgers perlu bersedia dengan rancangan dan perangkaan yang sangat rapi untuk posisi ini. Carragher yang menghampiri tempoh persaraan, Agger yang kerap menghabiskan masa di bilik rawatan, Coates yang masih dilihat bergelut dalam menyesuaikan diri dengan corak BPL, Martin Kelly yang ternyata mempersembahkan prestasi turun naik dan Glenn Johnson yang sering melakukan kesilapan mudah, Enrique yang dilihat merudum ketika penghujung musim menambahkan lagi kerisauan penyokong. Namun saya percaya, Rodgers sudah nampak permasalahan ini dan antara isikandungan temuramahnya yang saya ikuti, Rodgers mengatakan walaupun pertahanan LFC antara yang terbaik musim lepas namun banyak yang akan diperbaiki.

Kriteria yang saya harap akan diberi perhatian oleh Rodgers adalah pertahanan yang mampu bertahan untuk beraksi pada tahap cergas sepenuh masa. Ini kerana, BPL terbukti menggunakan pertahanan kiri dan kanan bertindak sebagai supporting flank. Mereka dikerah untuk menggunakan sepenuh bahagian tepi padang dan mampu melakukan overlapping dan sentiasa bersedia untuk membantu pemain sayap. Atas sebab inilah, kadangkala pemain pertahanan lambat untuk pulang ke posisi mereka apabila berhadapan dengan serang balas pihak lawan. Ini terbukti berkali-kali di mana Glenn Johnson dan Enrique sering off position dan kesilapan tersebut menghadirkan risiko pada penjaga gol.

Saya tidak berminat untuk mengulas panjang tentang penjaga gol kerana saya sentiasa berpendapat Pepe Reina adalah antara penjaga gol terbaik dunia dan jumlah gol yang dibolosi sepanjang musim lepas kebanyakkannya bukan berpunca dari kesilapan beliau. Sekali lagi, pertahanan perlu lebih berwaspada dan sepatutnya member perlindungan yang secukupnya untuk Reina.

Akhir sekali, sebagai penyokong LFC; saya sentiasa mempunyai keyakinan bahawa LFC mampu bangkit semula, mampu memberi saingan dan mampu untuk kembali digeruni. Saya tidak pernah rasa curiga bahawa hanya masa yang akan menentukan LFC akan kembali menguasai liga Inggeris ini dan kembali menjadi kuasa bolasepak Eropah yang digeruni seperti dahulu. Saya merayu pada semua penyokong untuk terus beri sokongan dan jangan sesekali hilang keyakinan pada pasukan kesayangan kita. 

 Kita Jumpa di musim 2012/2013 nanti dan mewakili seluruh warga kerja Liverbird Southern; kami menjemput anda semua kembali menghangatkan suasana di Clubhouse Southern.

Fly High Liverbird & YNWA..


Ketua Penyelaras Southern;
Mohd Muzafar Mustapha
Shankly List – Apai
Stronger, Closer & Always Stick Together

Thursday 21 June 2012

Off-Season Steamboat & Grill Party





Liverbird Batu Pahat menjemput anda semua ke program Off-Season & Grill Party!! mudah-mudahan dapatlah kiranya kita menghilangkan stress pelajar yang baru lepas exam dan staff-staff yang tension semasa kerja.

Mari bersama kami menghilangkan stress perpindahan mahupun Euro yang sedang melanda sekarang ni. Walau anda berada di mana saja anda boleh join bersama-sama kami untuk majlis Pesta Grill & steamboat di POLKADOT STEAMBOAT TAMAN PURA KENCANA, SRI GADING, BATU PAHAT.

Apa tunggu lagi.. Walaupun Epl bemul bermula tetapi kami akan sentiasa berusaha menyajikan anda majlis untuk mengisi masa lapang anda dan hiburkan hati bersama-sama diatas nama dan konsep keluarga selatan yang kita bina selama ini. Apa tunggu lagi jommmm joiiinnnnnnnnnnnn....

Anda boleh menghubungi nama yang tertera di poster untuk maklumat lanjut. Semua maklumat sila rujuk kepada lampiran gambar diatas.

Jommm joinnnn..kemonn kemonnn

This is Liverbird Southern!! Stronger.. Closer & Always Stick Together!!

Fly high Liverbird Southern | You'll Never Walk Alone

Monday 18 June 2012

Program Bolasepak Mingguan Southern

Kenyataan Perlawanan:
Liverbird Southern “B” vs Taman Daya FC

Tarikh:
17hb Jun 2012 (Ahad)

Lokasi:
Padang Sekolah Menengah Dato' Jaafar, J. Bahru

Keputusan:
Seri 2-2

Barisan Pemain:
Faizul, Ian Rai, Lahh Graxias, Yunus, Fikri, Tony, Zulfadhli, Nor Hisham, Atong Idza, Apai, Mohammed Fahmy, Wan Zamarudin, Sheikh, Muhaimin Husnain, Azman Cesar, Ismail, Azhar Elias 

Penjaring:
Azhar Elias dan Wan Zamarudin











Program Bolasepak Mingguan Southern

Kenyataan Perlawanan:
 Liverbird Southern “A” vs Nibong FC

Tarikh:
16hb Jun 2012 (Sabtu)

Lokasi:
Padang Sekolah Menengah Usman Awang, J. Bahru

Keputusan:
Seri 2-2

Barisan Pemain:
Faizal Jamil, Zulhilmie, Shahlan, Lahh Graxias, Yunus, Syawal, Uda, Nasharudin, Fikri, Ismat, Nor Hisham, Zaki, Sopie, Dirk Alan, Amad Nazrin, Manan

Penjaring:
Khairul Ismat dan Syawal







 

Saturday 16 June 2012

JUALAN BAJU 10 NAMA PEMAIN YANG PALING LARIS

Angka bagi jualan kit pada kali ini adalah sangat menakjubkan. Jumlah jualan pra-pesanan pada kali ini sangat memberangsangkan berbanding pada hasil jualan jersi tuan rumah (utama)  pada tahun lalu, yang mana pada tahun ini ianya mencipta rekod di dalam kelasnya tersendiri. Pesanan untuk jesi baru kali ini telah diterima lebih daripada 115 buah negara.

Akan tetapi nama siapakah yang paling banyak diminta atau dibeli oleh para peminat? adakah Luis suarez lebih banyak daripada Steven Gerrard? dan bagaimana pula hasil jualan dengan nama-nama pemain baru kita seperti Jordan Hendeson, Andy Carroll dan Jose Enrique? adakah mereka-mereka ini tersenarai di dalam 10 nama-nama teratas yang paling laris dijual?


Inilah nama-nama pemain yang paling laris dan paling banyak dibeli oleh kesemua penyokong Liverpool F.C :





                  NO. 1                                                                                                         NO. 2                   











                    NO. 3                                                                                                       NO. 4 











                    NO. 5                                                                                                        NO. 6










                  
                    NO. 7                                                                                                        NO. 8


                    NO. 9                                                                                                       NO. 10











Jadi jersi manakah yang anda sudah beli dan anda mahu beli? walau apa pun nombor dan nama yang anda beli jangan bimbang dan berbanggalah kerana lambang Liverbird di dada baju semuanya kita dapat sama. Jadi apa tunggu lagi? Dapatkanya sekaranggggggggggg . . . . . .  


Sumber dari : Liverpool F.C

ISU PERKAUMAN DALAM BPL


Sebenarnya saya memang terpanggil untuk menulis isu perkauman ini semenjak kes Luis Suarez dengan Everuk yang mana Suarez dijatuhkan hukuman denda sebanyak £40,000.00 dan penggantungan 8 perlawanan. Tetapi sebelum saya menulis lebih lanjut, mari kita lihat semula apa yang berlaku dalam kes yang membabitkan Suarez.

Suarez dikatakan melakukan provokasi berbentuk perkauman dengan mengucapkan kata-kata berbau hinaan yang merujuk pada warna kulit Everuk ketika perlawanan antara Liverpool dan Munyet pada 15 Oktober 2011. Dalam pertuduhan terhadap Suarez, beliau dikatakan mengeluarkan kata-kata hinaan kepada Everuk lebih dari 10 kali sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Sekarang kita lupakan kes Suarez. Kita lihat apakah definisi perkauman itu sendiri. Jika dilihat dari konteks keseluruhan, perkauman bukan sekadar pada ucapan dan perbuatan. Idealogi juga boleh dilabelkan sebagai perkauman. Sifat meminggirkan sesuatu kaum juga boleh dikaitkan dengan perkauman. Apakah pihak FA amnya dan FIFA khasnya benar-benar memperjuangkan isu perkauman ini? 

Kita lihat pada contoh yang paling mudah. Pertama, sejak anda mengenali bolasepak Liga Perdana Inggeris, berapa ramaikah yang anda lihat pengadil dari golongan yang berkulit hitam yang diberi kepercayaan untuk mengadili perlawanan dalam EPL? Untuk lebih meluas, berapa ramai pula yang diberi kepercayaan untuk mengadili Champion League, Europa League dan malah Euro 2012 yang sedang berlangsung sekarang? Adakah tidak ada langsung golongan yang berkulit hitam yang layak untuk diberi tugas ini?

Lebih menghairankan, jika pihak FA berani melibatkan kaum wanita (yang juga bukan dari golongan kulit hitam), mengapa tidak meletakkan usaha untuk melibatkan pengadil dari kulit hitam? Tidakkah ini juga boleh diklasifikasikan dalam isu perkauman?

Kedua, berapa ramaikah yang anda lihat pengurus pasukan di dalam EPL dari golongan berkulit hitam? Bagaimana pula dengan peluang pengurus pasukan England sendiri? Bilakah kali terakhir anda daapat melihat pengurus pasukan England dari golongan berkulit hitam? Adakah mereka memang tidak layak dan tidak cukup pandai dalam bidang bolasepak untuk dijadikan pengurus? Atau, peluang mereka sememangnya tipis kerana nasib mereka tidak dibela dan hak mereka tidak diperjuangkan oleh pihak FA? 

Ketiga, adakah anda tahu siapa yang berada di dalam pengurusan FA? Mereka terdiri daripada Pengerusi; David Bernstein, Setiausaha Kehormat; Alex Horne, Naib Pengerusi; Sir Dave Richard dan Roger Burden, Ahli Majlis; Phil Gartside, David Gill, Barry Bright,  Mervyn Leggett, Michael Game, John Ward, Anthony Kleanthous dan Keith Lamb. Daripada nama-nama yang dinyatakan di atas, TIDAK ada seorangpun yang berkulit hitam. Adakah golongan berkulit hitam memang tidak layak untuk dijadikan pegawai tertinggi dalam FA?
Pelik bukan? Tetapi itulah kenyataannya. Suarez yang sekadar menggunakan kata-kata yang mana perkataan tersebut adalah sebutan biasa di negara kelahirannya iaitu Uruguay dikecam sebagai orang yang mengamalkan perkauman. Saya tidak pasti samada hukuman tersebut sememangnya berpatutan atau tidak dengan kesalahan Suarez tetapi setidaknya Suarez telahpun diadili dan telahpun menjalani hukuman beliau. Soalannya; siapakah yang layak untuk mengadili, menilai dan melabel ketelusan FA sendiri?

Mohd. Muzafar Mustapha
Shankly List (Apai)

Friday 15 June 2012

Steven Gerrard Sebagai Kapten England


Steven Gerrard terpilih menjadi kapten England untuk Euro 2012 sebaik sahaja Roy Hodgson dilantik menjadi pengurus England bagi menggantikan Fabio Capello. Sebagai kapten Liverpool, kita semua tahu dia mempunyai kebolehan dan kaliber dalam memimpin pasukan dan boleh berfungsi sebagai pencetus prestasi di kalangan pemain lain. Mungkin Gerrard tidak vocal seperti John Terry tetapi watak beliau sebagai Kapten tidak boleh dinafikan dan ianya telah dibuktikan semasa beliau mengetuai pasukan Liverpool dalam Final Champion League 2005, FA Cup 2006 dan Carling Cup baru-baru ini.

Semasa membaca berita perlantikan Gerrard sebagai Kapten England, perkara pertama yang saya fikirkan adalah watak yang akan dimain oleh Gerrard dalam padang nanti. Menambahkan lagi keresahan apabila terpandang nama Scott Parker yg juga disenaraikan dalam pasukan England. Saya jangkakan Gerrard akan diberi tugas defensive midfielder kerana selain Parker, nama Milner juga tersenarai dalam skuad.

Ternyata apa yang saya sangkakan benar. Hodgson meletakkan Gerrard lebih banyak di kawasan sendiri dan menggunakan Scott Parker  serta  Milner membantu jentera serangan. Secara peribadi, saya melihat ini satu pembaziran pada kebolehan Gerrard yang kita tahu mampu untuk beri lebih dari itu. Tapi, saya juga tidak menyalahkan Hodgson kerana saya berpendapat Gerrard diperlukan di posisi tersebut atas faktor umur, kecergasan dan Hodgson memerlukan mata di dalam padang yang boleh melihat dengan lebih jelas dari posisi tersebut dan mungkin dapat perbaiki apa yang patut sepanjang perlawanan.

Setakat ini Gerrard telah menyumbangkan 19 gol untuk England. Kali terakhir beliau meledakkan gol untuk England adalah semasa perlawanan persahabatan menentang Hungary di Wembley sebagai persiapan menghadapi Euro 2012. Walupun England dilihat antara pasukan yang tidak menyerlah semasa Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010, pemerhati bolasepak sentiasa mengatakan prestasi Gerrard tidak pernah mengecewakan.

Begitu juga, kita harapkan Gerrard akan dapat beraksi dengan baik dalam Euro 2012 ini; bukan kerana saya minat England. Tetapi, kita tahu moral Gerrard sedikit terjejas dengan prestasi Liverpool dalam musim 2011/2012, pemecatan King Kenny dan kegagalan LFC layak untuk bertanding di Liga Juara-Juara. Kita harapkan apa yang beliau lalui di Euro 2012 ini dapat membangkitkan kembali semangat Gerrard kerana kita tahu Gerrard adalah nadi Liverpool FC.


Mohd Muzafar Mustapha
Shankly List (Apai)
Sedap sangat la tu..sampai menjilat jari..
nasib baik tak menjilat kaki !!

Otak-Otak & Kupang Bakar..
antara menu yang dihidangkan

Tukang bakar sebenarnya 3 org jek..
tapi bila nak ambil gambar.. tetiba ramai plak posing

Family Photo


Apa la Pojet ni sibuk kacau daun org nak bercinta..

handal tak handal la... kipas pakai tapak tangan jek !! 

anak saper la ni.. ?? 

Nak cari pokok kelapa takde..
panjat tiang TNB pun OK gak..
 

BBQ Night di Clubhouse Liverbird Southern

Antara event yang dianjurkan untuk ahli Southern. Kami sangat bertuah kerana setiapkali kami anjurkan event, sokongan dari ahli tidak pernah mengecewakan. Atas dasar itulah kami sentiasa mencuba dan memastikan setiap event berjalan dengan lancar. Setiap event akan dibincangkan dalam mesyuarat Committee. Pembahagian tugas, pembentangan perbelanjaan, perancangan aturcara, penyusunan dan sebagainya akan dibincangkan secara terperinci.

Komitmen dari semua Committee menjadikan perkara yang susah menjadi lebih mudah. Masing-masing tahu tanggungjawap dan tugas sendiri. Keikhlasan menghulur tenaga, masa, wang ringgit dan idea menjadikan Southern sebuah organisasi yang selalu dilabel yang terbaik.

dalam masa yang sama, kami amat berharap, sokongan dari semua ahli Southern akan berterusan dan kita kekalkan semangat kekeluargaan yang kitaa amalkan sejak awal penubuhaan.

We're Strong & We're Proud.. !!   

Kata Aluan Ketua Penyelaras Liverbird Southern

Salam Semua;

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Tahniah pada mereka yang terlibat dalam melahirkan blog ini iaitu Saudara Syafiq D' Acan dan Saudara Mockey. Tujuan sebenar kami mewujudkan blog ini adalah salah satu langkah kami mempromosi Liverbird Southern kepada semua penyokong Liverpool FC di Malaysia amnya dan Johor khasnya.

Selain itu kami ingin berkongsi dengan anda segala aktiviti dan program yang kami anjurkan. Kami berharap dengan adanya blog ini semua penyokong dapat mengikuti segala aktiviti kami dan akan turutserta bersama kami.

Blog ini juga akan digunakan untuk bersama berkongsi informasi tentang kelab kesayangan kita samada berkenaan perpindahan, perlawanan, jadual, keputusan dan malah ulasan perlawanan.

Kami harap anda semua akan bersama memeriahkan blog ini dan sila berurusan dengan wakil yang telah saya lantik untuk memastikan blog ini sentiasa aktif dan menepati apa yang kami sasarkan.

Teruskan bersama kami di Liverbird Southern.. Fly High Liverbird !!

YNWA..


Ketua Penyelaras Liverbird Southern &
Timbalan Presiden Liverbird Malaysia;
Mohamed Muzafar Mustapha (Apai)


Thursday 14 June 2012

A.I.A (Agger In Action)


After an impressive start to their Euro 2012 campaign against the Netherlands, the Danes fought back from two goals down against the Portuguese to level the game thanks to goals from Nicklas Bendtner. 


However, a late strike from Silvestre Varela clinched a vital three points for Portugal.


Pepe powered a header past Stephan Andersen to give them the lead on 25 minutes before Helder Postiga side-footed into the roof of the Denmark net for 2-0.
The Danes were given a lifeline when Michael Krohn-Dehli sprung the offside trap to cushion a header across the face of goal for Bendtner to nod into an empty net and halve the deficit.


Agger was called into action on the hour mark, making a fine sliding tackle on Postiga after Cristiano Ronaldo picked him out. Denmark pressed in search of an equaliser throughout the second half and on 72 minutes, the skipper sprayed a pin-point, 50-yard pass into Bendtner who controlled but shot wide.
Then, with 10 minutes remaining, Bendtner levelled the tie. The forward peeled away from the last defender and powered a header inside the near post to make it 2-2.


But with four minutes of normal time remaining, substitute Varela was on hand to smash home Portugal's winner.



VISIT US AT FACEBOOK PAGE :

Liverbird Southern Region Facebook Page

LIVERBIRD SOUTHERN REGION