Saturday 16 June 2012

ISU PERKAUMAN DALAM BPL


Sebenarnya saya memang terpanggil untuk menulis isu perkauman ini semenjak kes Luis Suarez dengan Everuk yang mana Suarez dijatuhkan hukuman denda sebanyak £40,000.00 dan penggantungan 8 perlawanan. Tetapi sebelum saya menulis lebih lanjut, mari kita lihat semula apa yang berlaku dalam kes yang membabitkan Suarez.

Suarez dikatakan melakukan provokasi berbentuk perkauman dengan mengucapkan kata-kata berbau hinaan yang merujuk pada warna kulit Everuk ketika perlawanan antara Liverpool dan Munyet pada 15 Oktober 2011. Dalam pertuduhan terhadap Suarez, beliau dikatakan mengeluarkan kata-kata hinaan kepada Everuk lebih dari 10 kali sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Sekarang kita lupakan kes Suarez. Kita lihat apakah definisi perkauman itu sendiri. Jika dilihat dari konteks keseluruhan, perkauman bukan sekadar pada ucapan dan perbuatan. Idealogi juga boleh dilabelkan sebagai perkauman. Sifat meminggirkan sesuatu kaum juga boleh dikaitkan dengan perkauman. Apakah pihak FA amnya dan FIFA khasnya benar-benar memperjuangkan isu perkauman ini? 

Kita lihat pada contoh yang paling mudah. Pertama, sejak anda mengenali bolasepak Liga Perdana Inggeris, berapa ramaikah yang anda lihat pengadil dari golongan yang berkulit hitam yang diberi kepercayaan untuk mengadili perlawanan dalam EPL? Untuk lebih meluas, berapa ramai pula yang diberi kepercayaan untuk mengadili Champion League, Europa League dan malah Euro 2012 yang sedang berlangsung sekarang? Adakah tidak ada langsung golongan yang berkulit hitam yang layak untuk diberi tugas ini?

Lebih menghairankan, jika pihak FA berani melibatkan kaum wanita (yang juga bukan dari golongan kulit hitam), mengapa tidak meletakkan usaha untuk melibatkan pengadil dari kulit hitam? Tidakkah ini juga boleh diklasifikasikan dalam isu perkauman?

Kedua, berapa ramaikah yang anda lihat pengurus pasukan di dalam EPL dari golongan berkulit hitam? Bagaimana pula dengan peluang pengurus pasukan England sendiri? Bilakah kali terakhir anda daapat melihat pengurus pasukan England dari golongan berkulit hitam? Adakah mereka memang tidak layak dan tidak cukup pandai dalam bidang bolasepak untuk dijadikan pengurus? Atau, peluang mereka sememangnya tipis kerana nasib mereka tidak dibela dan hak mereka tidak diperjuangkan oleh pihak FA? 

Ketiga, adakah anda tahu siapa yang berada di dalam pengurusan FA? Mereka terdiri daripada Pengerusi; David Bernstein, Setiausaha Kehormat; Alex Horne, Naib Pengerusi; Sir Dave Richard dan Roger Burden, Ahli Majlis; Phil Gartside, David Gill, Barry Bright,  Mervyn Leggett, Michael Game, John Ward, Anthony Kleanthous dan Keith Lamb. Daripada nama-nama yang dinyatakan di atas, TIDAK ada seorangpun yang berkulit hitam. Adakah golongan berkulit hitam memang tidak layak untuk dijadikan pegawai tertinggi dalam FA?
Pelik bukan? Tetapi itulah kenyataannya. Suarez yang sekadar menggunakan kata-kata yang mana perkataan tersebut adalah sebutan biasa di negara kelahirannya iaitu Uruguay dikecam sebagai orang yang mengamalkan perkauman. Saya tidak pasti samada hukuman tersebut sememangnya berpatutan atau tidak dengan kesalahan Suarez tetapi setidaknya Suarez telahpun diadili dan telahpun menjalani hukuman beliau. Soalannya; siapakah yang layak untuk mengadili, menilai dan melabel ketelusan FA sendiri?

Mohd. Muzafar Mustapha
Shankly List (Apai)

No comments:

Post a Comment