Friday 15 June 2012

Steven Gerrard Sebagai Kapten England


Steven Gerrard terpilih menjadi kapten England untuk Euro 2012 sebaik sahaja Roy Hodgson dilantik menjadi pengurus England bagi menggantikan Fabio Capello. Sebagai kapten Liverpool, kita semua tahu dia mempunyai kebolehan dan kaliber dalam memimpin pasukan dan boleh berfungsi sebagai pencetus prestasi di kalangan pemain lain. Mungkin Gerrard tidak vocal seperti John Terry tetapi watak beliau sebagai Kapten tidak boleh dinafikan dan ianya telah dibuktikan semasa beliau mengetuai pasukan Liverpool dalam Final Champion League 2005, FA Cup 2006 dan Carling Cup baru-baru ini.

Semasa membaca berita perlantikan Gerrard sebagai Kapten England, perkara pertama yang saya fikirkan adalah watak yang akan dimain oleh Gerrard dalam padang nanti. Menambahkan lagi keresahan apabila terpandang nama Scott Parker yg juga disenaraikan dalam pasukan England. Saya jangkakan Gerrard akan diberi tugas defensive midfielder kerana selain Parker, nama Milner juga tersenarai dalam skuad.

Ternyata apa yang saya sangkakan benar. Hodgson meletakkan Gerrard lebih banyak di kawasan sendiri dan menggunakan Scott Parker  serta  Milner membantu jentera serangan. Secara peribadi, saya melihat ini satu pembaziran pada kebolehan Gerrard yang kita tahu mampu untuk beri lebih dari itu. Tapi, saya juga tidak menyalahkan Hodgson kerana saya berpendapat Gerrard diperlukan di posisi tersebut atas faktor umur, kecergasan dan Hodgson memerlukan mata di dalam padang yang boleh melihat dengan lebih jelas dari posisi tersebut dan mungkin dapat perbaiki apa yang patut sepanjang perlawanan.

Setakat ini Gerrard telah menyumbangkan 19 gol untuk England. Kali terakhir beliau meledakkan gol untuk England adalah semasa perlawanan persahabatan menentang Hungary di Wembley sebagai persiapan menghadapi Euro 2012. Walupun England dilihat antara pasukan yang tidak menyerlah semasa Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010, pemerhati bolasepak sentiasa mengatakan prestasi Gerrard tidak pernah mengecewakan.

Begitu juga, kita harapkan Gerrard akan dapat beraksi dengan baik dalam Euro 2012 ini; bukan kerana saya minat England. Tetapi, kita tahu moral Gerrard sedikit terjejas dengan prestasi Liverpool dalam musim 2011/2012, pemecatan King Kenny dan kegagalan LFC layak untuk bertanding di Liga Juara-Juara. Kita harapkan apa yang beliau lalui di Euro 2012 ini dapat membangkitkan kembali semangat Gerrard kerana kita tahu Gerrard adalah nadi Liverpool FC.


Mohd Muzafar Mustapha
Shankly List (Apai)

5 comments: